PROFIL SURAU


Pembinaan surau ini adalah bertujuan untuk melahirkan insan yang patuh kepada Allah SWT dengan mengamalkan suruhan dan menjauhi laranganNya serta menjana modal insan yang berkualiti yang mampu menghadapi cabaran global selaras dengan Falsafah Pendidikan Islam dalam usaha untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membantu diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
     Jumlah murid di  Sekolah Kebangsaan Batu Laut sesi persekolahan 2014 adalah seramai 422 orang, guru seramai 39 orang, 7 orang kakitangan sokongan dan 9 orang pekerja swasta. Hampir sebahagian beasr, program-program yang dianjurkan pihak sekolah memerlukan kemudahan surau. Banyak aktivi-aktitivi praktikal seperti Kem Bestari Solat dan solat berjemaah tidak dapat dilakukan di tempat yang sesuai. Antara tempat-tempat yang sering digunakan untuk program-program seperti ini ialah, Bilik jQAF, bilik solat sementara, tapak perhimpunan (Dataran Kejat), gelanggang bola tampar dan gelanggang badminton.Bilik solat sementara ini, pada asalnya merupakan sebuah kelas yang tidak digunakan lagi berikutan pencemaran bunyi yang melampau berpunca daripada bunyi pendingin hawa yang terletak di bilik komputer.
     Pada 9 Januari 2014, mesyuarat Panitia Pendidikan Islam telah diadakan. Secara tidak langsung, telah membincangkan tentang kerja-kerja mengemas bilik solat sementara. Setelah merasakan bertapa sukarnya mengadakan ruang solat yang sempurna untuk murid-murid di sekolah ini maka, Ketua Panitia Pendidikan Islam, En Suhaimi bin Salimen dengan bersungguh-sungguh membangkitkan hasrat untuk membina sebuah surau pada tahun 2014. Perkara ini telah disuarakan kepada pihak PIBG untuk direalisasikan. Rentetan itu, pada 28 Januari 2014 Mesyuarat AJK PIBG telah diadakan dan cadangan pembinaan surau itu telah disuarakan.



























Comments